Resipi Ayam Goreng Tomyam

Resipi Ayam Goreng Tomyam

Resipi Ayam Goreng Tomyam.

Tomyam adalah salah satu masakan daripada negara Thailand dan menjadi kegilaan ramai sehingga mendunia dengan sambutan yang cukup luar biasa lebih – lebih lagi di Malaysia. Selain daripada tomyam , ada juga yang geramkan nasi goreng tomyam dan paprik tomyam.

Namun resepi kali ini adalah yang paling mudah dan boleh dimasak bila – bila sahaja dengan menggunakan ayam , daging atau makanan laut mengikut selera masing – masing.

Resipi Ayam Goreng Tomyam

Bahan-bahan:

  • Ayam 1 ekor (dipotong dan dibersihkan)
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 2 paket perencah tomyam
  • 8 batang cili padi merah
  • 8 batang cili padi hijau
  • 1 batang serai (dihiris serong)
  • 4 helai daun limau purut (dibuang urat tengahnya)
  • 1 biji tomato (dibelah 6)
  • 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 cm lengkuas (dihiris nipis)
  • Lobak merah(hiris mengikut citarasa)
  • ½ cawan air
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Garam dan gula (jika perlu)

Cara penyediaan

1. Lumurkan sedikit kunyit dan garam pada ayam. Goreng ayam sehingga separuh masak.

2. Bila ayam dah masak, angkatkan ayam. Gunakan sedikit minyak yang sama untuk menumis.

3. Tumiskan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas sehingga naik bau dan kekuningan.

4. Masukkan cili kisar, tumis sehingga masak dan pecah minyak.

5. Kemudian, masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram, sos ikan, perasakan dengan garam . Gaul semua bahan sehingga sebati.

6. Akhir sekali, masukkan lobak merah, ayam yang telah digoreng dan ½ cawan air. Biarkan ianya mereneh sebentar dan sedikit kering.

7. Angkat dan siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Nota 

  • Bahan asas untuk masakan ini adalah ayam , kunyit , bawang besar , perencah tomyam dan garam.Gorengkan ayam yang dicampur dengan kunyit dan garam separa masak lalu asingkan.Kemudian tumiskan bawang besar dan masukkan perencah tomyan , sedikit air dan ayam tadi. Siap!
  • Lain – lain
  1. Ayam mestilah digoreng separa masak agar tidak terlalu kering dan masih masih juicy .
  2. Sayur yang digunakan boleh diubah mengikut selera masing – masing dan jika tidak suka gunakan sayuran juga resepi ini tetap sedap tanpa sayuran.
  3. Jika mahukan msakan yang pedas boleh tambahkan cili kisar dan cili padi mengikut citarasa.
  4. Bahan yang ditumis juga boleh dikisar untuk dapatkan kuah yang pekat .

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *