SARA 2024 : Kadar Bayaran Mengikut Ketagori Penerima Setiap Bulan

SARA 2024 : Kadar Bayaran Mengikut Ketagori Penerima Setiap Bulan

SARA 2024 : Kadar Bayaran Mengikut Ketagori Penerima Setiap Bulan. Belanjawan Madani 2024 memperkenalkan langkah-langkah baru untuk menyokong keluarga yang kurang bernasib baik. Keluarga dengan lima anak atau tiga anak yang sangat miskin kini boleh mendapat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tambahan sebanyak RM1200.

Tambahan pula, bantuan ini diperluaskan kepada 700,000 penerima Skim Tunai Rahmah (STR), yang akan menerima RM100 setiap bulan selama setahun.Pembayaran akan dibuat melalui sistem sedia ada dengan menggunakan MyKad untuk memudahkan pemberian bantuan.

Kategori Yang Layak Menerima SARA 2024

Inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tambahan sebanyak RM1200 telah diperkenalkan untuk membantu isi rumah yang miskin tegar.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan dalam menyokong golongan yang memerlukan, terutama dalam mengatasi cabaran ekonomi yang semakin bertambah.

 

Baca juga Disini –> Cara Mohon Rumah PPR 2024 Untuk Golangan B40 Kini Dibuka

Kategori & Jumlah Bantuan Asas Rahmah

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dilancarkan pada bulan Januari, telah memasuki fasa kedua dengan pengenalan dua kategori baru untuk membantu keluarga miskin dan miskin tegar.

Keluarga yang layak, melalui data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), akan menerima sumbangan bulanan RM100 selama 12 bulan.

Tambahan pula, terdapat peluang untuk mendapatkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) hingga RM2500, bergantung kepada jumlah anak dalam keluarga tersebut.

Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah

  1. Portal MySTR
    • Layari portal rasmi MySTR > Masukan No. Kad Pengenalan > Klik Log Masuk >  Sahkan Kunci Keselamatan > MAsukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan > Klik Bahagian Semakan Permohonan > Lihat Bahagian Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
  2. Portal MyKasih
    • Masukan No. Kad Pengenalan > Klik Semakan Status
  3. Mendapat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bahawa layak mendapat bantuan SARA
  4. Surat Pemakluman bahawa penerima layak mendapat bantuan SARA
  5. Boleh menghubungi Mykasih, HASIL atau MoF

Tarikh Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

Mulai 01 Februari 2024, penerima Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 (SARA) telah menerima bantuan tambahan RM100 setiap bulan.

Bantuan ini akan berterusan pada bulan Mac, dengan pembayaran yang sama dikreditkan ke dalam akaun MyKad penerima pada hari pertama setiap bulan.

Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan menyokong penerima dalam menghadapi situasi ekonomi semasa.

Penerima di Sabah dan Sarawak akan menerima dua kali pembayaran berjumlah RM600.

Pembayaran pertama akan dimasukkan ke dalam akaun bank mereka pada 19 Februari 2024, yang jatuh pada hari Isnin.

Pembayaran kedua akan didepositkan pada 12 Ogos 2024, juga pada hari Isnin.

Proses pembayaran ini boleh dilaksanakan secara tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh Malaysia.

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *