SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BAGI GOLONGAN B40 2024

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BAGI GOLONGAN B40 2024

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BAGI GOLONGAN B40 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG!!!

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan bagi memberi manfaat kepada semua golongan yang memerlukan.Salah satunya adalah bantuan yang disalurkan menerusi Mykad dan dinikmati oleh golongan B40.

Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program ini yang bakal dilaksana secara berperingkat bermula 22 Januari 2024, menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

MATLAMAT

  1. Memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
  2. Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600; dan
  3. Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

PELAKSANAAN BANTUAN

Pelaksanaan bantuan bernilai RM600 yang disalurkan kepada golongan B40 adalah terbahagi kepada dua (2) kaedah, iaitu :

  1. Penyaluran bantuan tanpa tunai ke dalam Mykad penerima; atau
  2. Penyaluran bantuan secara tunai menerusi akaun bank penerima.

Kaedah pelaksanaan bantuan ini adalah berbeza dan ditentukan oleh setiap negeri.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN

Bantuan bernilai RM600 akan disalurkan mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut :

Pelaksanaan SARA akan bermula pada 22 Januari 2024 (Isnin) bagi penerima dari Semenanjung Malaysia, manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima dari negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula 19 Februari 2024 (Isnin).

Bagi penerima program SARA di Semenanjung Malaysia, bantuan SARA akan disalurkan secara bulanan iaitu RM100 sebulan untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM50 sebulan untuk golongan bujang.

Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, bantuan SARA akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

KELEBIHAN PENERIMA BANTUAN B40 DALAM MYKAD RM600 2024

Bagi penerima bantuan melalui Mykad, penerima akan menerima kelebihan seperti berikut :

  1. Boleh digunakan di mana-mana 600 kedai terpilih seluruh Malaysia;
  2. Boleh digunakan untuk pembelian tanpa tunai (cashless);
  3. Boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas;
  4. Had pembelian sehingga RM600;
  5. Dikreditkan secara automatik ke dalam Mykad setiap bulan; dan
  6. Sah digunakan pada bila-bila masa sehingga 31 Disember 2024.

SYARAT PENERIMA BANTUAN B40 DALAM MYKAD RM600 2024

Bantuan dalam MyKad bernilai RM600 adalah terhad kepada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Bujang / Balu / Duda / Janda yang tidak mempunyai anak;
  • Had umur 21 hingga 59 tahun;
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
  • Pendapatan bulanan RM2,500 ke bawah; dan
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori Bujang serta berdaftar di bawah e-Kasih sebagai penerima Miskin.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN

Ikuti semakan nama penerima yang layak menerima bantuan dalam Mykad bernilai RM600 seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Program SARA tahun 2024 dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta. Ini melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas1. Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar.

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hubungi Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *