SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD JULAI 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD JULAI 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD 2024 : CHECK NAMA PENERIMA

Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad adalah diciptakan khas untuk rakyat warganegara Malaysia sahaja. Ia diperkenalkan bagi memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan secara tanpa tunai (cashless) setiap bulan dan boleh digunakan pada lebih 600 premis yang terlibat seluruh Malaysia.

Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program ini yang bakal dilaksana secara berperingkat bermula 22 Januari 2024, menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 2024

Bantuan yang dikreditkan ke dalam Mykad adalah terhad kepada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 bagi kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang.

BILANGAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 2024

Peruntukan bagi tahun ini diperluaskan kepada pelbagai kategori penerima mengikut kelayakan.

Kategori Kelayakan Penerima

  • Isi rumah
  • Warga Emas
  • Bujang
KATEGORI KELAYAKAN
PENERIMA
BILANGAN PENERIMA
2024
Kelayakan Miskin Tegar :
-Isi Rumah;
-Warga Emas;
-Bujang.
210,000
Kelayakan Miskin Serdehana :
-Isi Rumah;
-Warga Emas;
-Bujang.
500,000
Kelayakan Bukan Miskin :
-Isi Rumah;
-Warga Emas;
-Bujang.
8,000,000

KADAR KESELURUHAN BANTUAN MYKAD 2024

Berikut merupakan kadar keseluruhan bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad penerima mengikut kelayakan :

  • Kelayakan Miskin Tegar & Miskin Serdehana dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2500 setiap bulan.
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
DITERIMA
DALAM MYKAD 2024
ISI RUMAH PENDAPATAN
BAWAH RM2,500
RM1,200
WARGA EMAS (BUJANG)
PENDAPATAN BAWAH RM2,500
RM1,200
BUJANG PENDAPATAN
BAWAH RM2,500
RM600
Nota : Penerima di bawah kelayakan Miskin dan Miskin Tegar akan menerima kadar bantuan yang sama seperti di atas.
  • Kelayakan Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
DITERIMA
DALAM MYKAD 2024
ISI RUMAH PENDAPATAN
RM2,500 – RM5,000
RM300
WARGA EMAS (BUJANG)
PENDAPATAN RM2,500
KE ATAS
RM150
BUJANG PENDAPATAN
RM2,500 KE ATAS
RM150

JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD 2024

Pengkreditan bantuan ke dalam MyKad adalah berbeza mengikut negeri setiap penerima seperti jadual berikut :

TARIKH PENGKREDITAN
BANTUAN
NEGERI PENERIMA
Setiap bulan bermula :
22 Januari 2024
sehingga
1 Disember 2024
Kedah, Pulau Pinang, Selangor,
Kuala Lumpur dan Putrajaya,
Negeri Sembilan, Kelantan
dan Terengganu
Setiap bulan bermula :
29 Januari 2024
sehingga
1 Disember 2024
Perlis, Perak, Pahang
Melaka dan Johor

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD

Ikuti cara semakan status penerima bantuan dalam MyKad bagi tahun 2024 seperti berikut :

  1. Sila layari laman semakan status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan mengikut format (contoh : 88xxxxxxxxxx).
  3. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  4. Status penerima akan segera dipaparkan.
  5. Selesai.

sara bantuan rm50

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA hanya boleh didapati di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *