Senarai Bantuan Tunai JKM Bagi Bulan Julai Tahun 2024

Senarai Bantuan Tunai JKM Bagi Bulan Julai Tahun 2024

Senarai Bantuan Tunai JKM : Sejak beberapa tahun lalu , terdapat pelbagai jenis insentif dan bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan. Ini adalah salah satu bantuan yang boleh dimohon oleh rakyat Malaysia yang memerlukan pada Julai ini. Kementerian Kewangan telah memaklumkan, skim bantuan kebajikan termasuk dalam bantuan dibawah Belanjawan 2024.

SENARAI BANTUAN TUNAI JKM

Pihak JKM atau Jabatan Kebajikan Masyarakat kini telah menawarkan lebih banyak jenis bantuan tunai yang boleh dimohon oleh orang awam. Bantuan yang diberikan adalah secara berperingkat atau bulanan dan secara sekaligus.

Skim bantuan kebajikan ini lebih menumpukan untuk mereka yang berada dalam kategori golongan sasar dan memerlukan. Pada bulan Julai ini, kepada mereka yang kurang berkemampuan boleh kemukakan permohonan sesuai dengan bantuan yang ditawarkan.

Berikut dikongsikan senarai bantuan yang dibawah kendalian JKM :

  • Bantuan Warga Emas (BWE)
  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  • Bantuan Am Persekutuan (BA)
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP)
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP)
  • Bantuan Alat tiruan/ sokongan
  • Bantuan Pekerja OKU (EPOKU)
  • Tabung Bantuan Segera (TBS)

Jumlah Bayaran

  • Bantuan Warga Emas (BWE) : RM500 seorang sebulan
  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK) : RM1,000 sebulan sekeluarga
  • Bantuan Am Persekutuan (BA) : RM350 sebulan
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) : RM450 sebulan
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP) : RM200 sebulan
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP) : RM2,700 sekali bayar
  • Bantuan Alat tiruan/ sokongan (BAT)
  • Bantuan Pekerja OKU (EPOKU) : RM450
  • Tabung Bantuan Segera (TBS)

SYARAT KELAYAKAN MOHON BANTUAN TUNAI JKM

Setiap bantuan yang ditawarkan mempunyai syarat kelayakan khusus, berikut dikongsikan antara kriteria asas bagi permohonan bantuan JKM :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Golongan sasar dan keluarga memerlukan
  • Menepati syarat tambahan bagi bantuan yang dimohon.

LANGKAH CARA MOHON BANTUAN JKM 2024

Bagi mereka yang memerlukan, permohonan boleh dikemukakan sepanjang tahun ini bagi mendapatkan manfaat percuma ini. Panduan cara mohon dan butiran lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/index

Untuk makluman, bayaran bantuan bulanan JKM akan dikreditkan pada setiap bulan bermula 1 – 10 haribulan. Manakala bayaran bagi bantuan one-off akan diberikan sekali sahaja selepas permohonan diluluskan.

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *