Senarai Nama Penerima Bantuan RM100 Bulan Ini

Senarai Nama Penerima Bantuan RM100 Bulan Ini
Senarai Nama Penerima Bantuan RM100 Bulan Ini

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan ke SARA, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 selama 12 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pasar raya / Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.

Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Senarai Penerima MySARA

Kelayakan SARA adalah terhad kepada:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Sesetengah penerima akan menerima pengesahan kelayakan penerima MySara berdasarkan alamat berdaftar mereka.

Pesanan Ringkas Aplikasi SMS/WhatsApp:
MySARA/MyKASIH akan menghantar mesej teks SMS/WhatsApp ke nombor telefon penerima yang didaftarkan.

Semak laman web rasmi:
Sekiranya pemberitahuan tidak diterima, pemohon boleh menyemak di laman web rasmi MySARA: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus

Tarikh Terima Bantuan MySara RM100

Penerima daripada Semenanjung Malaysia (SELAIN Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan)

  • Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

Penerima daripada negeri SabahSarawak dan W.P. Labuan

  • Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024

Bantuan tambahan MySara sebanyak RM100 akan dikreditkan pada tarikh berikut:

MySARA Rm100 : Awal bulan bagi setiap bulan

Semak Bantuan MySara RM100

Semakan kelayakan SARA juga boleh dibuat melalui kaedah berikut:

Kaedah PemaklumanKeterangan
i. Surat pemakluman
  • Surat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
ii. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
  • Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
  • Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
  • Penerima akan menikmati elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 pada setiap bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas di rangkaian rakan runcit (pasaraya / kedai) yang terpilih.
iii. Semakan terus melalui portal rasmiSemakan kelayakan SARA

Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia

iv. HubungiSemakan kelayakan SARA

  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
    Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Cara semak nama penerima Bantuan Tambahan MySara seperti berikut:

  1. Sila klik pada pautan ke laman semakan bantuan rasmi MySara di sini: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian “Semak Status”.
  3. Masukkan nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh: 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status nama penerima yang layak akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Kategori Kelulusan STR 2024 (Miskin dan Miskin Tegar)

Bil.Kategori Kelulusan STR 2024
(Miskin dan Miskin Tegar)
Amaun Bayaran
1.Isi Rumah
i. Kahwin
ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
RM1200
2.Warga Emas Tiada PasanganRM1200
3.BujangRM600

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *