Senarai penerima Bantuan Hari Raya Aidilfitri RM1,000 – RM1,500 tahun ini (2024) & tarikh pembayaran

Senarai penerima Bantuan Hari Raya Aidilfitri RM1,000 – RM1,500 tahun ini (2024) & tarikh pembayaran
Senarai penerima Bantuan Hari Raya Aidilfitri RM1,000 – RM1,500 tahun ini (2024) & tarikh pembayaran

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan sama ada melalui peringkat Negeri mahupun Persekutuan bagi membantu mereka yang layak.

Tujuan pemberian ini diperkenalkan untuk membantu mereka yang memerlukan dan meringankan beban kewangan mereka pada masa-masa tertentu terutama pada musim perayaan.

Ia termasuk bantuan Raya Aidilfitri yang akan disambut April depan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan hari raya yang diperkenalkan:-

Bantuan – Bantuan Hari Raya Aidilfitri

Untuk pengetahuan semua, beberapa negeri telah pun mengumumkan pemberian Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri pada kadar yang berbeza-beza. Negeri pertama yang mengumumkan bantuan ini ialah Pulau Pinang dengan gaji setengah bulan atau bayaran minimum RM1,200.

Bantuan ini diberikan kepada semua penjawat awam negeri terbabit sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang juga penggerak kerajaan negeri. Pada masa sama, bantuan berjumlah RM300 diberikan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama (SRAR), dan guru sekolah

menengah agama (SMAR).

Turut termasuk kakitangan SRAR, SMAR dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) serta guru tahfiz, pondok, tadika Islam (TADIS) dan guru serta kakitangan sekolah Cina persendirian di negeri Pulau Pinang.

Negeri seterusnya ialah Perak dengan kadar Bantuan Khas Kewangan Awam RM1,000. Bantuan ini diberikan kepada semua penjawat awam negeri termasuk guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan, pekerja sambilan harian dan Ketua Kampung.

Selangor turut mengumumkan bantuan sama, tetapi pada kadar sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri yang sedang berkhidmat di SUK (bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri).

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *