Skim Khairat Kematian (SKK) 2023 : Tarikh Dilanjutkan Sehingga 31 Jan 2024

SKK

SKK ataupun Skim Khairat Kematian STR telah dilanjutkan ke tarikh 31 Januari 2024. Sekiranya ada ahli keluarga anda yang telahpun meninggal dunia dan layak untuk menerima bantuan tersebut, artikel ini khas untuk anda

Apakah Skim Khairat Kematian (SKK) STR?

Seperti yang anda ketahui, skim ini merupakan bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan menerusi Sumbangan Tunai Rahmah jika ada berlaku kematian pada penerima atau pasangan STR untuk tahun 2023.

Waris yang berkelayakan dibolehkan untuk menuntut skim ini berdasarkan syarat/kelayakan yang telah ditetapkan.

Jumlah Tuntutan SKK

Pemohon atau pasangan atau waris bakal menerima bantuan sebanyak RM1000 untuk setiap individu yang layak.

Kelayakan Untuk Menerima Skim Khairat Kematian STR

Berikut merupakan maklumat terperinci mengenai kelayakan SKK, iaitu bergantung pada setiap kategori ini;

SKK

Tarikh Kematian serta Tarikh Tuntutan SKK

Pengagihan atau pembayaran SKK adalah secara TUNAI sahaja dimana ia boleh tuntutan boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN di seluruh negara, mengikut ketetapan berikut:

Tarikh KematianTarikh Tuntutan
1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023Mulai 17 Julai 2023 – 1 Januari 2024
  • Walaubagaimanapun, menerusi satu pengumuman terkini yang dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di Facebook rasminya, tarikh akhir bagi tuntutan SKK 2023 telah dilanjutkan sehingga 31/01/2024.

 

SKK

Dokumen Yang Perlu Ketika Membuat Tuntutan

  1. Sijil Kematian bagi Pemohon / Pasangan
  2. Kad Pengenalan Waris (asal)
  3. Dokumen pengesahan/pembuktian jika Pemohon / Pasangan tidak dapat menghadirkan diri ke Cawangan BSN

Waris Yang Berkelayakan untuk Membuat Tuntutan SKK

  1. Pasangan
  2. Ibu
  3. Bapa
  4. Anak (samada anak kandung, anak tiri ataupun anak angkat)
  5. Adik-beradik
  6. Cucu

Info Lanjut

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan lanjut boleh diajukan di:

  • Hotline BKK LHDNM dengan mendail 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF dengan mendail 03-8882 4565 atau 03-8882 4566
  • emelkan pada str@treasury.gov.my
  • Talian-talian bantuan khas Kerajaan LHDNM yang anda boleh lihat di sini : Talian Bantuan Khas

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *