Solat Sunat Aidiladha : Panduan, Lafaz Niat Secara Berjemaah & Sendirian

Solat Sunat Aidiladha : Panduan, Lafaz Niat Secara Berjemaah & Sendirian

Hari Raya Korban bakal menjelma dan pelbagai persiapan telah dilakukan agar sambutan Hari Raya diraikan dengan meriah. Pada hari tersebut juga ramai yang berkumpul untuk menunaikan

menunaikan solat sunat AidilAdha di masjid namun solat sunat ini juga boleh dilakukan dirumah.

Berikut adalah beberapa panduan untuk kita bersama mengikuti beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari raya AidilAdha.

Amalan Sunnah Pagi Hari Raya Aidiladha

Antara amalan sunat yang boleh dilakukan pada pagi Hari Raya Aidiladha adalah:

  1. Mandi sunat Aidiladha di pagi hari.
  2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan orang sekeliling.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  5. Sunat menjamah makan-minum selepas pulang dari masjid.
  6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  7. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  8. Mengerjakan solat sunat hari raya dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan.
  9. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).” (Hadis riwayat al-Thabrani).

Pada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.

Waktu Solat Sunat Aidil Adha

Sembahyang sunat Aidiladha dikerjakan pada 10 Zulhijjah.

Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari.

Jabatan Agama setiap negeri akan mengeluarkan ketetapan waktu, contohnya bagi tahun 2024 ini, di Wilayah Persekutuan akan dijalankan pada jam 8.15 pagi.

Disunatkan untuk tidak mengambil sarapan sebelum menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Buraidah, daripada ayahnya, katanya:

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم لَا يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَطْعَمَ وَلَا يَطْعَمُ يَوْمَ الْأَضْحَى حَتَّى يُصَلِّي

Maksudnya: Nabi Muhammad SAW tidak keluar ke tempat solat pada Aidilfitri sehinggalah baginda makan terlebih dahulu. Dan baginda tidak makan pada Aidiladha sehinggalah baginda solat terlebih dahulu.”

(HR at-Tirmidzi, hadis sahih)

Cara Solat Sunat Aidiladha

Solat sunat Aidiladha dilakukan sebanyak 2 rakaat, seperti mana solat sunat biasa.

Syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir.

Lafaz Niat

Lafaz niat solat sunat aidiladha (untuk seorang)

اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat kerana Allah Taala.

 

Cara Menunaikan Solat Sunat Aidiladha

i) Rakaat Pertama

  1. Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat aidilfitri/aidiladha di dalam hati.
  2. Membaca doa iftitah.
  3. Lafaz takbir 7 kali diselangseli dengan tasbih.
    • سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ
  4. Membaca surah Al-Fatihah.
  5. Membaca mana-mana surah (Dicadangkan membaca surah Al-A’laa.)
  6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

ii) Rakaat kedua

  1. Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
  2. Lafaz takbir lima kali diselangseli dengan tasbih.
    • سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ
  3. Membaca surah Al-Fatihah.
  4. Membaca mana-mana surah dari al-Quran. (Dicadangkan membaca surah Al-Ghahiyah atau Al-Ikhlas.)
  5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
  6. Memberi salam.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *