STR Fasa 3 : Tarikh Pembayaran Dan Semakan Status

STR Fasa 3 : Tarikh Pembayaran Dan Semakan Status

Lihat tarikh pembayaran STR Fasa 3 dan semakan status STR 2024 di sini!

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan program yang dilancarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Inisiatif Rahmah dalam Belanjawan MADANI 2024.

STR Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Objektif pelaksanaan ini adalah untuk memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan untuk mengatasi kenaikan kos sara hidup di mana data-data yang dikendalikan oleh LHDN ini akan memastikan setiap rakyat di Malaysia mendapat bantuan yang adil dan saksama.

STR Fasa 3 dijangka akan dibayar pada Ogos 2024. Tarikh rasmi untuk pelaksanaan pembayaran tersebut akan diumumkan nanti.

Jadual Pembayaran STR 2024

Berikut adalah tarikh dan jadual pembayaran bagi penerima STR 2024 :

  • Fasa 1 – 29 Januari 2024
  • Fasa 2 – 3 April 2024
  • Fasa 3 – Bulan Ogos 2024
  • Fasa 4 – Bulan November 2024

Kadar Bantuan STR 2024

Pendapatan isi rumah RM2,500 ke bawah

  • RM1,000 (tanpa anak)
  • RM1,500 (1-2 kanak-kanak)
  • RM2,000 (3-4 kanak-kanak)
  • RM2,500 (5 tahun ke atas)

Pendapatan isi rumah RM2,501 hingga RM5,000

  • RM500 (tanpa anak)
  • RM750 (1-2 kanak-kanak)
  • RM1,000 (3-4 kanak-kanak)
  • RM1,250 (5 tahun ke atas)

Warga emas tanpa pasangan: RM 600

Orang bujang/balu/duda/balu tiada anak dan pendapatan RM2,500 ke bawah: RM350

Jumlah str fasa 3

Lihat jadual bergambar di atas untuk lebih mudah faha.

Cara Semak Status STR Fasa 3

Anda boleh menyemak status permohonan STR melalui laman web https://bantuantunnai.hasil.gov.my/.

Berikut adalah cara yang mudah untuk buat semakan STR FASA 3 login:

  1. Klik MySTR untuk log masuk
  2. Masukkan nombor MyKad pemohon
  3. Pengesahan kata laluan selamat
  4. Isi kata laluan (Password)
  5. Klik untuk menyemak status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan: “STATUS PERMOHONAN”
  7. Maklumat pembayaran (jika ada)

Maklumat Lanjut

Sumber maklumat dan info di atas datang daripada portal rasmi MySTR LHDNM. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau isu mengenai bantuan, sila hubungi pihak berkuasa melalui:

  • Talian STR HASiL: 1-800-88-2747
  • Talian hotline STR Kementerian Kewangan: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel: str@mof.gov.my

Sila rujuk juga Portal Rasmi untuk lebih banyak bantuan B40 dan subsidi kerajaan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *