STR Fasa 3 Akan Dikreditkan Tidak Lama Lagi

STR Fasa 3 Akan Dikreditkan Tidak Lama Lagi

STR Fasa 3 Akan Dikreditkan Tidak Lama Lagi. Pembayaran bagi fasa 1 dan 2 telah selesai dikreditkan pada bulan Januari dan April lalu. Sebelum ini, desas desus mengatakan bahawa STR Fasa 3 akan dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha namun ianya masih belum terlaksana lagi.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan dalam 4 kali pembayaran bagi tempoh setahun dan berikan secara berperingkat mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh  kerajaan dari semasa ke semasa.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Kelayakan untuk menerima bantuan SARA adalah berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih iaitu data rujukan untuk kementerian dan agensi Kerajaan.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kembali diteruskan bagi tahun kedua dengan penambahan bantuan asas berjumlah RM600 yang dikenali sebagai bantuan SARA.

Bantuan STR yang bermula daripada pada fasa 1 sehingga ke fasa akan memberikan fokus kepada setiap isi rumah, bujang atau individu yang tiada pasangan yang berada dalam kategori miskin tegar, B40 dan M40.

Setelah pembayaran STR Fasa 2 bermula 3 April lepas , pembayaran seterusnya adalah Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 dijangkakan akan dikreditkan dalam 2-4 bulan ke depan selepas fasa ke .

BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 DIJANGKA HINGGA RM 800

Buat masa ini tiada lagi jumlah bayaran bagi STR Fasa 3 dan bantuan ini masih belum di umumkan oleh pihak kerajaan mahupun media naum jika dilihat tentang pembayaran STR Fasa 3 – 2023 yang lalu , bayaran tertinggi bantuan adalah berjumlah RM 800 manakala terendah RM100 untuk bujang.

Bayaran yang dijangkakan bagi bantuan STR Fasa 3 bagi tahun ini adalah sama atau tidak jauh berbeza dengan tahun 2023 dan semestinya semua bayaran adalah one-off / sekaligus kepada penerima yang memohon dan layak mendapatkan bantuan tersebut.

JADUAL BAYARAN SEHINGGA FASA 4

STR Fasa 3 bagi tahun 2023 dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha iaitu pada 26 Jun 2023. Oleh hal demikian, sebilangan penerima menjangkakan bayaran STR Fasa 3 turut akan dikreditkan sebelum Aidiladha namun tiada bayaran yang dikreditkan pada bulan lepas.

Oleh hal demikian, besar kemungkinan bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan pada bulan-bulan seterusnya dan bukannya sebelum Aidiladha.

Hanya berbaki bayaran STR Fasa 3 dan 4 sahaja lagi. STR Fasa 1 dan 2 masing-masing telah dibayar pada Januari dan April lalu.

Dijangkakan bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan pada bulan diantara bulan Julai hingga September sementara itu fasa akhir iaitu fasa 4 antara Oktober hingga Disember bergantung daripada pengumuman.

CARA BAYARAN

Sama seperti STR sebelum ini, terdapat 2 cara bayaran iaitu

  • Bayaran bantuan akan terus dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan
  • Sekiranya tidak mempunyai akaun bank atau terdapat masalah dengan akaun bank, pembayaran akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, bantuan SARA akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Permohonan baharu bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termasuklah untuk Fasa 3 belum dibuka setakat ini.

SEMAKAN STATUS

Maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my mulai 22 Januari 2024.

Semakan status boleh terus dibuat melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah yang disertakan di bawah

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *