STR Fasa 3-Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

STR Fasa 3-Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

STR Fasa 3-Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori.

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.Semakan bayaran bantuan tunai bagi STR Fasa 3 yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini boleh dilakukan melalui portal MySTR.

Ini adalah sebahagian daripada inisiatif bantuan kewangan yang disediakan di bawah Belanjawan 2024.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Kerajaan dengan pimpinan Perdana Menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.

STR Fasa 2 akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Tarikh Bayaran Bantuan STR Isi Rumah Fasa 3

Tarikh bayaran STR Fasa Tiga adalah mulai bulan Ogos 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).

Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.

MySTR Fasa 3 : Semakan Status & Jumlah Bayaran

Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan;

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

  • Kredit ke Akaun Bank
  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
  • Tiada maklumat akaun bank
  • Status pengkreditan gagal kredit

MySTR Fasa 3 : Semakan Status

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  • Klik lok masuk MySTR
  • Masukkan nombor Mykad pemohon
  • Pengesahan kata kunci keselamatan
  • Maklumat yang akan dipaparkan :
  • Nama pemohon
  • No Mykad pemohon
  • Status permohonan
  • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  • Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Masukkan kata laluan

Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

Pembukaan Skrin Kemas Kini Maklumat Asas STR 2024

Skrin Kemas Kini Maklumat Asas STR 2024 telah dibuka mulai 29 Januari 2024 secara bertempoh seperti di bawah:

Bil.Tarikh Skrin DibukaTarikh Skrin Ditutup
1.29 Januari 202411 Mac 2024
2.Minggu Pertama April 2024Minggu Keempat April 2024
3.Minggu Pertama Mei 2024Minggu Kedua Mei 2024
4.Minggu Ketiga Mei 2024Minggu Keempat Mei 2024
5.Minggu Pertama Jun 2024Minggu Kedua Jun 2024
6.Minggu Ketiga Jun 2024Minggu Keempat Jun 2024

*Tarikh di atas adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Maklumat asas yang dibenarkan adalah seperti berkut:

  • No. Telefon Rumah Pemohon
  • No. Telefon Bimbit Pemohon
  • Alamat Surat Menyurat
  • Alamat e-Mel
  • Maklumat Akaun Bank Pemohon / Pasangan
  • No. Telefon Pasangan
  • Maklumat Waris

 Kaedah pengemaskinian :

 Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Kemas Kini Maklumat STR 2024

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *