TERKINI Senarai Bantuan Raya Aidilfitri Tahun 2024 Yang Telah Diumumkan

TERKINI Senarai Bantuan Raya Aidilfitri Tahun 2024 Yang Telah Diumumkan
TERKINI Senarai Bantuan Raya Aidilfitri Tahun 2024 Yang Telah Diumumkan

Senarai Bantuan Raya Aidilfitri yang telah diumumkan bagi sesi 2024 mengikut negeri di seluruh negara. Untuk makluman, beberapa negeri telah pun mengumumkan sumbangan sempena sambutan Hari Raya tahun ini.

SENARAI BANTUAN RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024

Pelbagai inisiatif berbentuk bantuan tunai telah diperkenalkan bagi membantu mereka yang layak dan memerlukan pada bulan ini. Objektif utama pelaksanaan sumbangan bantuan adalah untuk meringankan beban rakyat khususnya pada musim perayaan.

Untuk pengetahuan umum, beberapa negeri telah pun mula mengagihkan bantuan sempena sambutan pada Mac dan April pada kadar yang telah ditetapkan. Kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengagihkan bayaran bantuan setengah bulan gaji atau minimum RM1,200.

Insentif itu diberikan kepada semua penjawat awam negeri sebagai tanda penghargaan kerana mereka adalah penggerak kerajaan negeri. Tidak ketinggalan, bantuan RM300 turut diagihkan kepada guru (KAFA), SRAR dan SMAR di negeri Pulau Pinang.

Kerajaan negeri Perak juga mengumumkan pemberian bantuan kewangan khas Aidilfitri pada kadar RM1,000. Sumbangan ini diberikan kepada penjawat awam termasuk lantikan kontrak dan ketua kampung di seluruh kawasan.

Manakala negeri Selangor mengumumkan pemberian bantuan raya kepada penjawat awam negeri berjumlah minimum RM1,000 atau sebulan gaji. Dan sekitar 17,000 penjawat awam negeri Johor termasuk yang berkhidmat dalam (PBT) akan menerima bantuan khas raya sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,500.

TARIKH BAYARAN AIDILFITRI 2024

Bagi negeri Pulau Pinang, pemberian bantuan kewangan khas aidilfitri dikreditkan pada 15 Mac 2024. Bagi negeri Selangor, pembayaran akan mula diagihkan pada 8 April ini secara berperingkat.

Di negeri Johor dan Perak, pembayaran akan dibuat sebelum sambutan Aidilfitri dan dijangka diagihkan pada awal April. Seperti yang sedia maklum, sumbangan khas ini diberikan secara sekali sahaja dan tiada borang permohonan diperlukan.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan insentif dalam bentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai geran yang ada pada tahun ini yang anda layak mohon – SEMAK DI SINI sebagai rujukan umum.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *