TUBE X : Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera 2024

TUBE X 2024

Berita baik bagi mereka yang berminat untuk memohon bagi menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE X). Permohonan ini dibuka mulai pertengahan bulan Disember.

OBJEKTIF PROGRAM TUBE X

Program ini bertujuan untuk:

  • Membina semangat dan minat dalam keusahawanan dalam golongan belia
  • Memupuk anjakan paradigma dalam diri mereka, tidak kira samada untuk pekerja sehinggalah untuk pemilik perniagaan itu sendiri
  • Meningkatkan jati diri dan daya tahan untuk individu ini mengendalikan perniagaan

Mereka yang berminat untuk memohon digalakkan untuk meneliti dahulu bagaimana konsep Program Tunas Usahawan Bumiputera (TUBE X) ini dilaksanakan, dan juga syarat dan kriteria yang dikenakan untuk melayakkan anda menghantar permohonan untuk menyertai program ini.

RINGKASAN MENGENAI PROGRAM TUBE

– Program ini adalah salah satu inisiatif atau bantuan Kerajaan untuk menyokong dan membantu para belia yang berminat dalam bidang keusahawanan.

– Selain itu, ia juga merupakan satu langkah untuk memberi bantuan bagi syarikat milik belia yang telah terkesan dari bencana COVID-19 yang melanda dunia. Ia juga berpotensi untuk meningkatkan lagi peluang pekerjaan menerusi bidang perniagaan, terutamanya untuk golongan belia dan penganggur.

DUA FASA DALAM PROGRAM TUBE

Fasa Pertama

Dalam Fasa 1, peserta dikehendaki menyertai Bengkel Keusahawanan iaitu selama 7 hari. Dalam bengkel ini, peserta akan mempelajari bermacam-macam elemen perniagaan seperti Pengurusan Pentadbiran dan Sumber Manusia, Jualan dan Pemasaran, Undang-undang Perniagaan dan lain-lain.

Selain itu, dalam fasa pertama ini juga para peserta perlu menyediakan dan mewujudkan Business Model Canvas (BMC) serta perlu membentangkan setiap cadangan Rancangan Perniagaan (RP) milik masing-masing.

Fasa Kedua

Kepada mereka yang berjaya menamatkan semua segmen dalam Fasa 1, mereka seterusnya dikehendaki terus melaksanakan perniagaan mereka berdasarkan Rancangan Perniagaan (RP) yang telah pun dibentangkan di hadapan para Panel Penilai dalam Fasa 1, semasa sesi yang diberi nama Pith2Match.

Selain akan dipantau dan dibimbing oleh Penyedia Perkhidmatan yang telah dilantik oleh SME Corp Malaysia, para peserta perlu melaksanakan perkara berikut:

  1. Membentangkan laporan perkembangan perniagaan masing-masing pada setiap bulan ataupun setiap suku tahun apabila perlu;
  2. Memberi sepenuh komitmen dan kerjasama serta bersedia untuk lawatan fizikal (sekiranya perlu) ke premis perniagaan semasa dalam tempoh pemantauan;
  3. Menyertai semua program anjuran SME Corp Malaysia seperti seminar /latihan / aktiviti susulan dari masa ke semasa.

*Untuk makluman, tempoh pemantauan dan bimbingan ini akan mengambil masa selama 12 bulan. Ia bertujuan bagi memastikan para peserta sentiasa mendapat khidmat nasihat yang tepat dan mencukupi supaya perniagaan mereka mampu untuk berdaya saing dan sentiasa relevan dalam industri.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bagi menyertai Program Tunas Usahawan Belia ini HANYA dibuka sepanjang tarikh 15 Disember 2023 – 14 Januari 2024 SAHAJA.

Sebarang permohonan yang dihantar sebelum ataupun selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan dan diterima sama sekali.

SYARAT KELAYAKAN UNTUK PEMOHON

  1. Merupakan warganegara Malaysia yang bertaraf Bumiputera dan berusia 18 tahun – 30 tahun
  2. Mempunyai lesen SSM (telah mendaftarkan perniagaan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia) / Ordinan Negeri, dimana pendaftaran tersebut ialah kurang 36bulan dari waktu tamat permohonan (14 Januari 2024)
  3. Mempunyai status kesihatan yang memuaskan (tubuh badan sihat / tidak mempunyai penyakit kronik / tidak mengandung / bukan sedang berpantang. Ini penting untuk memastikan peserta sentiasa komited untuk menyertai latihan secara fizikal dari 7.00pagi – 11 malam.
  4. Peserta tidak mempunyai sebarang masalah dari segi undang-undang. Contohnya seperti tidak pernah disabitkan sebagai penjenayah, tidak pernah diisytiharkan sebagai muflis, tidak disenaraihitam oleh pihak CTOS dan tidak terlibat dalam sebarang tindakan Mahkamah
  5. Pemohon bukanlah merupakan ahli keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan dan pegawai SME Corp Malaysia
  6. Pemohon tidak bekerja hatta bertaraf kontrak / sambilan / sementara
  7. Pemohon tidak pernah terlibat atau menyertai mana-mana Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera sebelum ini.
  8. Pelajar yang merupakan penuntut institut pengajian tinggi untuk semesta akhir pada tahun akhir pengajian dibenarkan untuk memohon, jika:
  • Bersetuju untuk tidak menyambung pelajaran untuk jangka masa satu tahun dari tarikh akhir program sesi latihan TUBE sekiranya telah berjaya diterima untuk mengikuti program
  • Pemohon bukan individu yang sedang menjalani latihan industri sewaktu Program TUBE X yang akan bakal dijalankan

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dilaksanakan secara online melalui link berikut:

https://tube.smecorp.gov.my/

Anda perlu mengklik pada Pendaftaran ID. Dan setelah mendapat ID dan password, anda boleh terus login untuk masuk ke sistem dan isi maklumat yang dikehendaki

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *