Permohonan bantuan warga emas RM500 setiap bulan untuk mereka yang layak. Bantuan ini disediakan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat. Mereka melepasi syarat layak boleh mohon bantuan warga emas ini.
Kami kongsikan permohonan bantuan warga emas RM500 setiap bulan.
Baca juga artikel ini: Status Bayaran SARA Bantuan Barang Dapur RM100
Permohonan Bantuan Warga Emas RM500
Syarat kelayakan bantuan warga emas perlu dipenuhi sekiranya ingin memohon bantuan warga emas RM500.
Tujuan Bantuan
Bantuan ini untuk warga emas yang miskin dan memenuhi kriteria kelayakan untuk membantu mereka terus hidup.
Syarat Kelayakan Permohonan
Syarat Kelayakan bantuan warga emas:
- Warganegara dan penduduk Malaysia
- Warga emas berumur 60 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah haruslah tidak melebihi purata pendapatan garis kemiskinan isi rumah miskin PGK semasa atau purata pendapatan garis kemiskinan per kapita semasa dan
- Warga emas tidak tinggal di institut yang kendalikan JKM
Cara Mohon Bantuan Warga Emas
Permohonan boleh dilakukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat.
Setiap permohonan pendaftaran akan dinilai dan ditentukan sama ada layak atau tidak.
Borang Permohonan Bantuan
Cetak borang di bawah, isi maklumat dan bawa ke kaunter JKM.
Dokumen Sokongan
Anda perlu membawa dokumen-dokumen ini untuk permohonan bantuan diproses dan dinilai:
- Salinan terkini kad pengenalan pemohon
- Salinan terkini kad pengenalan suami/ister/ibu bapa/anak
- Salinan terkini sijil kelahiran anak
- Salinan slip gaji
- Dokumen lain yang berkaitan