Bantuan AM Tunai RM350 Sebulan Untuk Individu & Keluarga B40

Bantuan AM Tunai RM350 Sebulan Untuk Individu & Keluarga B40

Bantuan AM Tunai RM350 Untuk Individu/Keluarga B40  telah mula dikreditkan kepada mereka yang berkelayakan pada tahun ini secara berperingkat. Untuk makluman program (BA) ini merupakan sebahagian inisiatif bantuan yang disediakan di bawah Belanjawan 2024.

Bantuan AM RM350 Sebulan

Program BA atau Bantuan Am Persekutuan ini adalah salah satu inisiatif berbentuk bantuan bulanan yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Perlaksanaan skim bantuan ini adalah bagi membantu individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan.

Dengan adanya insentif bulanan ini kerajaan yakin dapat meringankan beban mereka untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan dalam komuniti masyarakat.

Baca juga Disini –> Kategori Penerima RM300 – RM800 Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Kadar Bayaran

Pihak JKM telah memaklumkan kadar pemberian bantuan am persekutuan ditetapkan mengikut kategori kelayakan. Setiap bulan dikreditkan minimum RM100 seorang dan maksimum RM350 sekeluarga.

Untuk makluman, setiap negeri menyediakan bantuan am masing-masing dan syarat kelayakan serta kadar bantuan adalah berbeza mengikut negeri.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
  1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
  2. PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain

Cara Mohon

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon hendaklah membawa dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak seperti di pautan* berikut:

  1. Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Pejabat kebajikan Wilayah Persekutuan Labuan
  3. Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Putrajaya 

Maklumat Lanjut

Kepada yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – Am Persekutuan 2024 dan borang permohonan boleh dimuat turun di laman tersebut.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *