Bantuan E-Wallet RM300 Sebulan Untuk Golongan B40

Bantuan E-Wallet RM300 Sebulan Untuk Golongan B40

Bantuan E-Wallet RM300 Sebulan Untuk Golongan B40 ditawarkan khusus untuk mereka yang berada dalam golongan keluarga B40 dan M40. Inisiatif khas berbentuk bantuan ini adalah merupakan salah satu insentif bulanan yang diberikan pada tahun ini.

Semakan Bantuan E-wallet

Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) untuk memberikan sokongan kepada keluarga-keluarga pasca-pandemik, meluaskan manfaat kepada 30,000 keluarga dengan RM300 sebulan untuk keperluan asas dan alat pendidikan.

BINGKAS bertujuan meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi, dan memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor.

Baca juga Disini –> SARA 2024 : Kadar Bayaran Mengikut Ketagori Penerima Setiap Bulan

Kelayakan Bantuan

Kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi permohonan bantuan khas Bingkas yang perlu dipatuhi seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun dan ke bawah sekurangnya (2) orang
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan
  • Pemilih berdaftar
  • Lahir di Selangor atau menetap melebihi 10 tahun di negeri tersebut.

Semakan dan Permohonan

Bagi sesiapa yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan untuk dapatkan manfaat yang ditawarkan selagi ianya dibuka. Untuk panduan lengkap pendaftaran, sila layari laman portal rasmi bantuan – BINGKAS (eWallet)

Kepada pemohon, kalian disarankan sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan bagi memudahkan urusan proses semakan permohonan. Antara dokumen yang diperlukan adalah seperti :

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon dan pasangan
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata pendapatan jika ada
  • Dokumen sokongan yang berkaitan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *