Bantuan Tunai Aidiladha RM500 Mula Dikreditkan Hari Ini Pada Penerima Yang Layak

Bantuan Tunai Aidiladha RM500 Mula Dikreditkan Hari Ini Pada Penerima Yang Layak

Bantuan Tunai Aidiladha RM500 Mula Dikreditkan Hari Ini Pada Penerima Yang Layak. Dalam masa beberapa hari lagi, kita bakal menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha 1445H. Pastinya kebanyakan rakyat Malaysia akan pulang ke kampung untuk menyambutnya bersama keluarga tersayang.

Dalam menghadapi sambutan ini, perbelanjaan lebih diperlukan bagi memeriahkan suasana di tempat kita menyambut sambutan itu.

Bagi sesetengah pihak, mereka sangat memerlukan sedikit bantuan tunai tambahan untuk digunakan sepanjang sambutan Aidiladha ini. Oleh itu, terdapat bantuan yang diumumkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini untuk menyantuni pihak-pihak yang memerlukan ini.

Berikut merupakan beberapa maklumat lengkap dan syarat kelayakan yang perlu anda ketahui untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Bantuan Tunai Aidiladha RM500

Baru-baru ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar telah mengumumkan bahawa menjelang Hari Raya Aidil Adha ini, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Insentif Khas. Bantuan ini akan diberikan kepada asnaf MAIWP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Baca juga Disini –> Kategori Penerima RM300 – RM800 Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Kategori Penerima Yang Layak

Kategori asnaf yang menerima bantuan aidiladha ini adalah Fakir, Miskin, Muallaf dan Ar-Riqab. Berikut merupakan penerangan bagi setiap kategori penerima.

Dalam penentuan kelayakan asnaf untuk menerima bantuan zakat di Wilayah Persekutuan, Bahagian Baitulmal telah menggunakan takrifan asnaf berpandukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-51 pada 13 Mac 1999.

1) Fakir

  • Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

2) Miskin

  • Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

3) Muallaf

  • Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu:
  1. Beragama Islam:
  • Baru memeluk agama Islam
  • Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
  • Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya.
  • Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh.
  1. Bukan beragama Islam:
  • Boleh dipujuk supaya masuk Islam.
  • Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.

4) Al-Riqab

  • Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

Empat kategori ini akan menerima Bantuan Insentif Khas sempena Aidiladha ini.

Tarikh Bantuan Dikreditkan

Tarikh bantuan Aidiladha ini dikreditkan adalah selewat-lewatnya pada 14 Jun 2024 seperti yang dinyatakan di dalam kenyataan Menteri.

Ini bermaksud Ini bermaksud para asnaf boleh membuat persediaan awal untuk Hari Raya Aidil Adha dengan bantuan kewangan yang diterima.

Selain itu, para penerima juga diingatkan untuk memastikan akaun bank mereka aktif dan dikemaskini bagi memudahkan proses pengkreditan.

Manfaat Bantuan

Pihak MAIWP berharap berharap bantuan Aidiladha ini dapat meringankan beban kewangan para asnaf dan memungkinkan mereka merayakan Hari Raya Aidiladha.

Selain itu, diharapkan wang zakat yang dibayar oleh para pembayar zakat melalui Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) akan mendapat keberkatan daripada Allah.

Pihak Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui MAIWP akan sentiasa berusaha dari masa ke semasa menyantuni keperluan serta kebajikan asnaf di Wilayah Persekutuan dengan pelbagai program bantuan yang disediakan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *